Melaka

Melaka

Saturday, July 13, 2013

Nyonya Kebaya Melaka

Nyonya Kebaya diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia

Kereta Lembu


Dahulunya, kereta lembu digunakan sebagai pengangkutan oleh orang-orang kaya di Melaka. Ciri-ciri yang membezakan kereta lembu Melaka ini dengan yang lain adalah bumbungnya yang berbentuk seperti tanduk lembu yang berwarna-warni.

Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Orang Bugis

Orang-orang Bugis-Makassar adalah penduduk di Sulawesi Selatan. Orang-orang ini terkenal dengan kepakaran mereka belayar di laut dalam.

Gula Melaka




Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula melaka tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Kota A Famosa


Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa portugis . A Famosa terletak di Bandar Hilir , Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St.Paul

Menara Taming Sari


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan Dataran Pahlawan

Eye On Malaysia

Eye on Malaysia terletak di Taman Kota Laksamana, di sebelah Sungai Melaka di Central Melaka . Ketinggiannya ialah 60 meter iaitu bersamaan dgn 197 kaki .

Muzium Samudera

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 . Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka .

beca

Beca ialah kenderaan beroda 3 yang mampu untuk menampung 2 org penumpang . Ia mudah untuk dijumpai di sekitar bandar Melaka .